senyum tak bermaksud kita bahagia, menanggis tidak juga menandakan kita sengsara, semua itu kekadang hanyalah sandiwara manusia.. tidak semua orang faham akan maksud isi hati seseorang walau seberapa lama kita mengenali seseorang itu jika seseorang itu tidak mahu berkongsi pengalaman hidupnya dengan orang di sekelilingnya..
sukar untuk memahami isi hati bukan persoalan yang harus di pertikaikan.. apa yang patut adalah merelakan isi hati kita untuk difahami oleh orang disisi. jika kita sendiri tidak merelakan diri kita untuk difahami oleh orang sekeliling maka tiada sesiapa pun akan paham akan isi hati kita yang terpendam.
faktor utama menyebabkan kita sukar untuk berkongsi pengalaman hidup adalah faktor KEPERCAYAAN. semua orang pasti akan meluahkan isi hati mereka kepada orang yang mereka lebih percayai maka baru lah orang akan paham akan isi hati kita. namun begitu juga ada setengah orang lebih suka membuat kepercayaan itu musnah dibanding dari mencari dan menjaga kepercayaan seseorang,
sahabat karib tak akan rapat selamanya, musuh ketat juda bisa menjadi rakan seperjuangan..itulah lumrah alam.
persoalannya:-
kenapa harus kita perlu orang yang terpercaya sdgkn kepercayaan bisa berubah?
kenapa harus kita bersandiwara dihadapan khalayak ramai??
kenapa perlu kita menjaga hati orang lain sedang hati ini yg terseksa??
kenapa mesti kita mengalah sebelum kita melangkah maju setapak untuk menentang?
moralitinya adalah:-
kita harus lebih terbuka akan diri kita kepada dunia luar agar kita bisa menerima segala dugaan yang datang. kita harus luahkn apa yg kita rasa kepada sesiapa saja walau kita tak perlu akan kepercayaan orang itu. namun kita harus menggunakan ayat dan nada suara yang betul pada tempat dan masa yang berpatutan.. agar kita tidak menyakiti mana-mana pihak..