Monday, 11 May 2009

Setelah Kasih ini Punah

Walau hilang dendam, hilang sakit hati hilang rasa geram dihati di sebabkan hanya satu pujian yang selama ini di cari namun..jika di perlakukan itu masih sama, tiada perubahan ibarat bukan anak kandung, hati mana yang mampu bertahan menampung hidup.

Kata orang, Syurga dibawah telapak kaki ibu, disebabkan ibu yang menngandungkan bertarung nyawa selama 9 bulan atau lebih atau kurang. dan tiada sesiapa pun yang menidakkan fakta itu.. tiada siapa pun yang mempersoalkan kata-kata itu.. sebab itu lah yang tercatit tentang ibu.

Ibu lah yang harus disanjung lebih..bak kata pepatah "tangan yang mengayun buian bisa mengoncang dunia" semua itu benar..kerna itu lah ibu..

Tetapi apakah perlu disanjung tinggi dan dituruti semua suruhannya demi tidak menghampakan dan menyakiti hati nya?? sekiranya ibu yang memahami dan bertindak adil kepada anak-anak nya memang wajar.. Tetapi..

Apakah wajar jika ibu itu sendiri yang menjual anak mereka hanya demi kepentingan masa depan nya sendiri? apakah wajar jika ibu itu tidak berlaku adil kepada anak-anaknya? sehingga membuat anak itu rasa diperlakukan seperti orang suruhan,, sehingga anak itu merasa seolah-olah bukan anak kandung mereka..sehingga anak itu hilang harga diri, maruah serta kepercayaan diri. apakah itu wajar? masih kah "Syurga itu dibawah telapak kaki ibu"???
memang benar kata pepatah itu "tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia"
baik ajarannya maka baik lah hasilnya.. jika buruk ajarannya maka buruk lah jua hasilnya.

Sampai bila hati seorang anak mampu bertahan menanggung perlakuan ibu yang selama ini hanya menyakitkan dan menggores hati luka lara membunuh maruah dan harga diri seorang anak...Sampai bila kah itu harus berakhir?? sampai bila kah sang ibu sedar akan yang telah di perlakukannya. sampai bila???? sampai bila kah pepatah dan ayat keramat itu akan tidak di salah gunakan lagi???

sayang anak biar sama rata;
kasih anak biar berpada-pada;
tegur anak biar kena pada tempatnya;
marah anak biar pada salahnya;

anak adalah satu tanggung jawab;
ibu bapa adalah satu anugerah;
kemarahan anak beerti keseksaan hidup;
kemarahan ibu bapa beerti kelakuan anak yang salah.